preloader

Sejarah Logo KPFB

1980-2010

KPFB menggunakan logo rasmi yang pertama, yang telah diguna pakai sejak tahun 1980, sehinggalah pelancaran logo baharu dan penjenamaan semula KPFB pada 18 Disember 2010, yang telah disempurnakan oleh Pengerusi FELCRA Berhad, YB Dato’ Tajuddin bin Abdul Rahman. Hal ini merupakan satu lagi penghijrahan KPFB kepada satu tahap yang lebih baik dan boleh dibanggakan. Pelancaran logo baharu dan penjenamaan semula KPFB selaras dengan perkembangan KPFB pada masa kini. Penjenamaan semula ini membakar semangat KPFB untuk mengorak langkah ke hadapan dengan lebih cemerlang dalam semua peringkat Lembaga, pengurusan dan anggotanya. Usaha ini merupakan proses penambahbaikan yang telah dirancang oleh Anggota Lembaga dan Pengurusan KPFB dalam menghadapi persaingan dan cabaran pada masa hadapan

Logo Terkini di atas merupakan identiti bagi Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB). Logo yang berbentuk berlian ini diinspirasikan daripada logo FELCRA Berhad, disatukan dan disusun secara horizontal, dan mewakili KPFB sebagai organisasi koperasi yang cemerlang.

Bentuk garisan tiga butir berlian ini melambangkan betapa eratnya hubungan antara KPFB, Peserta dan FELCRA Berhad, yang tidak dapat dipisahkan dalam amalan budaya kerja yang sentiasa harmoni, dinamik dan agresif. Susunan logo juga memberi makna bahawa Peserta (rakyat) sentiasa diutamakan.

Rasional Logo

Merah (Terang)
Melambangkan semangat yang cekal dan keteguhan dalam melaksanakan misi dan objektif KPFB. Warna ini juga cerminan KPFB sebagai payung induk dalam membantu rakyat, iaitu Peserta.

Biru (Nila)
Melambangkan keharmonian dalam KPFB. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai Peserta yang bersemangat gigih serta ketekunan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Hijau (Apple)
Melambangkan ketenangan dan kebijaksanaan, serta kesungguhan pihak pengurusan yang sentiasa bertungkus lumus dalam membangunkan KPFB. Di samping itu, ia mencerminkan teras perniagaan KPFB yang lebih cenderung pada industri yang berkait rapat dengan bidang pertanian (agro).

X