preloader

Pengurusan Berkualiti

Kerja Menuju Matlamat

Kerja Sebagai Satu Pasukan

Belanja Secara Berhemah

Kerja Sebahagian Daripada Ibadah

Sejarah Penubuhan

KPFB telah ditubuhkan pada 29 Julai 1979 bersamaan 4 Ramadhan 1399H bertempat di Lekir, Sitiawan, Perak. Ianya adalah hasil daripada cetusan idea bekas Pengerusi FELCRA, iaitu Dato’ Haji Akasah bin Haji Abd Rahman, bekas Ketua Pengarah FELCRA, iaitu Dato’ Mustapa bin Juman serta pegawai FELCRA yang lain. KPFB telah didaftarkan pada 18 Oktober 1980, di bawah Ordinan Koperasi 1948 (sekarang Akta Koperasi 1993). KPFB telah memulakan aktivitinya dengan modal syer sebanyak RM499.00 pada tahun 1980 dengan keanggotaan seramai 38 orang sahaja. KPFB telah mendapat kerjasama daripada Bahagian Peneroka FELCRA. Penambahan saham dibuat melalui potongan P & L setiap tahun bermula dari tahun 1981 hingga 1999. Pada peringkat awal penubuhannya, ahli KPFB merupakan anggota individu sehinggalah tahun 1985 apabila status tersebut ditukar kepada keanggotaan mengikut gabungan KPR di setiap negeri. Dengan usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh pegawai FELCRA pada hari ini, keanggotaan dan modal syer KPFB telah bertambah menjadi RM11.5 juta dengan keanggotaan sebanyak 154 buah KPR yang melibatkan ahli individu FELCRA seramai 50,832 orang.

Antara projek awal yang telah dilaksanakan oleh KPFB bermula pada tahun 1983 ialah projek memelihara kawasan tanaman (MKT) di FELCRA Changkat Sulaiman, Sungkai, Perak, pembekalan dan penghantaran tunggul cantuman getah, dan pembekalan racun dan baja ke rancangan-rancangan FELCRA. Pada tahun 1984, FELCRA telah memberikan pinjaman sebanyak RM3.0 juta kepada KPFB bagi menjalankan aktiviti pinjaman hari raya, persekolahan dan pembelian motosikal ahlinya. Skim pinjaman tersebut memang telah dilaksanakan oleh FELCRA sebelum ini. Kerajaan melalui FELCRA telah bersetuju menyalurkan geran sebanyak RM10.0 juta kepada KPFB pada tahun 1984, bagi mengukuhkan kedudukan KPFB. Peruntukan geran yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelima. KPFB telah menerima geran sebanyak RM10.0 juta bermula 1986 hingga 1990. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3.0 juta digunakan untuk membayar semula pinjaman yang diberikan oleh FELCRA.

Dato’ Akasah Bin Haji Abdul Rahman
Mantan Pengerusi FELCRA

Dato’ Mustapa Bin Juman
Mantan Ketua Pengarah FELCRA

Ibu Pejabat KPFB

Pada peringkat awal penubuhannya dalam tahun 1980-an hingga tahun 1999 (19 tahun), KPFB beroperasi di No. 24, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, yang disewa daripada FELCRA Berhad. Pada tahun 1999 hingga April 2009 (10 tahun), Ibu Pejabat KPFB telah ditempatkan di bangunan sendiri, di Pusat Bandar Utara Selayang, Kuala Lumpur. Namun begitu, bangunan ini telah dijual pada tahun 2010. Sebagai penggantinya, KPFB telah menguruskan pembelian Wisma KPFB yang terletak di Desa Melawati pada tahun 2007 dan berpindah ke wisma tersebut pada 29 April 2009.

Wisma KPFB telah disempurnakan perasmiannya oleh Y.B. Dato’ Tajuddin bin Abdul Rahman, Pengerusi FELCRA Berhad, pada 14 Ogos, 2009. Penghijrahan KPFB daripada Pusat Bandar Utara Selayang telah merubah landskap dan hala tuju KPFB ke arah yang lebih terurus dan tersusun dengan bantuan dan tunjuk ajar FELCRA Berhad yang tidak putus-putus. Pengurusan FELCRA Berhad sentiasa memantau perjalanan perniagaan KPFB.

1980-1999

1999-2008

2009-Sekarang

2009-Sekarang

KPFB meluaskan operasi perniagaannya dengan pembukaan cawangan lain, bagi memberikan perkhidmatan kepada ahlinya. Cawangan yang pertama dibuka di Segamat dan cawangan lain adalah seperti berikut:

1986: KPFB Wilayah Johor, Segamat.
1986: KPFB Setiawan, Perak (Ditutup tahun 1999).
1986: KPFB Wilayah Pahang, Temerloh.
1987: KPFB Wilayah Terengganu, K. Terengganu
1987: KPFB Wilayah Utara, Alor Setar.
1993: KPFB Wilayah Tengah, Kuala Pilah.
1996: KPFB Tanah Merah, Kelantan (Ditutup tahun 2001).
2000: KPFB Wilayah Perak, Air Tawar.
2000: KPFB Wilayah Sarawak, Kuching.
2000: KPFB Kluang (Ditutup tahun 2009).
2012: KPFB Wilayah Sabah, Kota Kinabalu.

Sejarah Anggota Lembaga KPFB 1982-1996

Pada tahun 1982 hingga tahun 1996, anggota Lembaga KPFB ialah seramai 14 orang yang terdiri daripada empat orang pegawai kanan FELCRA dan 10 orang terdiri daripada Peserta. Empat orang pegawai kanan lantikan FELCRA pula terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Pengerusi KPFB yang pertama ialah Dato’ Md Ariff bin Ariffin (Ketua Jabatan Pembangunan Peneroka).

Senarai nama kakitangan FELCRA yang memegang jawatan Ahli Lembaga Koperasi dalam KPFB.

Tahun 1979-1982 Penubuhan
#NamaJawatan Dalam FELCRAJawatan Dalam KPFB
1En. Md Ariff AriffinKetua Jabatan Pembangunan PenerokaPengerusi
2En. Ibrahim KarimKetua Jabatan PenjawatanNaib Pengerusi
3En. Ashaari Hj. YusofPenolong Ketua Pembangunan PenerokaSetiausaha
4Cik Zabariah DosakKetua Jabatan KewanganBendahari
Tahun 1982
#NamaJawatan Dalam FELCRAJawatan Dalam KPFB
1En. Md Ariff AriffinPengarah Pembangunan PenerokaPengerusi
2En. Karim RaneeKetua Penolong Pengarah KilangNaib Pengerusi
3En. Mokhtar HarunKetua Penolong Pengarah PenerokaSetiausaha
4En. Mohd Dzaki Hj. Mohd RejabKetua Jabatan Pemasaran FELCRABendahari
Tahun 1983-1984
#NamaJawatan Dalam FELCRAJawatan Dalam KPFB
1En. Mokhtar HarunPengarah Pembangunan PenerolaPengerusi
2En. Karim RaneeKetua Penolong Pengarah KilangNaib Pengerusi
3En. Mohd Zulkifli Abdul LatifKetua Pengarah PenerokaSetiausaha
4En. Mohd Dzaki Hj. Mohd RejabKetua Jabatan Pemasaran FELCRABendahari
Tahun 1985
#NamaJawatan Dalam FELCRAJawatan Dalam KPFB
1En. Mokhtar HarunPengarah Pembangunan PenerolaPengerusi
2En. Kamal Hj. Abd SalamKetua Penolong Pengarah PertanianNaib Pengerusi
3En. Ahmad AliKetua Penolong Pengarah PesertaSetiausaha
4En. Yahya YusoffeKetua Penolong Pengarah KewanganBendahari
Tahun 1986-1987
#NamaJawatan Dalam FELCRAJawatan Dalam KPFB
1En. Abdul Wahid Hj. AzahariTimbalan Ketua Pengarah FELCRA 1Pengerusi
2En. Kamaruzaman MajidPengarah Perlaksanaan FELCRANaib Pengerusi
3En. Md Ariff AriffinPengarah Khidmat Sosial FELCRASetiausaha
4Pn. Han Lee SiewTimbalan Pengarah Kewangan FELCRABendahari
Tahun 1987-1990
#NamaJawatan Dalam FELCRAJawatan Dalam KPFB
1En. Abdul Wahid Hj. AzahariTimbalan Ketua Pengarah FELCRA 1Pengerusi
2En. Kamaruzaman MajidPengarah Perlaksanaan FELCRANaib Pengerusi
3En. Md Ariff AriffinPengarah Khidmat Sosial FELCRASetiausaha
4En, Mohd Noor AhmadPengarah Khidmat Pengurusan FELCRABendahari
Tahun 1990-1993
#NamaJawatan Dalam FELCRAJawatan Dalam KPFB
1En. Abdul Wahid Hj. AzahariTimbalan Ketua Pengarah FELCRA 1Pengerusi
2En. Kamaruzaman MajidPengarah Perlaksanaan FELCRANaib Pengerusi
3En. Mokhtar HarunTimbalan Pengarah Pembangunan PesertaSetiausaha
4En. Abrar Abd RahmanTimblan Pengarah Kewangan FELCRABendahari
Tahun 1994
#NamaJawatan Dalam FELCRAJawatan Dalam KPFB
1En. Abdul Wahid Hj. AzahariTimbalan Ketua Pengarah FELCRAPengerusi
2En. Kamaruzaman MajidPengarah Perlaksanaan FELCRANaib Pengerusi
3En. Mokhtar HarunTimbalan Pengarah Pembangunan PesertaSetiausaha
4En. Mohd Noor AhmadPengarah Urusan KPFB HoldingsBendahari
Tahun 1995-1996
#NamaJawatan Dalam FELCRAJawatan Dalam KPFB
1En. Kamaruzaman MajidTimbalan Ketua Pengarah FELCRAPengerusi
2En. Mohd Nor AbdulTimbalan Pengarah Pembangunan PesertaSetiausaha
3En. Ashaari Hj. YusofPengarah Pembangunan PesertaBendahari

Apabila Akta Koperasi 1993 diwujudkan, Anggota Lembaga KPFB tidak boleh terdiri daripada mereka yang bukan ahli KPFB . Oleh hal yang demikian, pada tahun 1996, KPFB telah ditadbir oleh Peserta yang terdiri daripada wakil KPR setiap negeri. Pengerusi KPFB yang pertama dalam kalangan Peserta ialah Encik Mad Rosip bin Awang Hamat daripada KPR FELCRA Bukit Tandak, Kelantan, yang mewakili negeri Kelantan.

TahunPengerusiSetiausahaBendahari
1979-1982Dato' Haji Mohd Ariff B. AriffinTuan Haji Ashaari B. YusoffPuan Zubaidah Bt. Dosak
1982-1983Dato' Haji Mohd Ariff B. AriffinTuan Haji Mokhtar B. HarunTuan Haji Mohd Dzaki B. Rejab
1984Tuan Haji Mokhtar B. HarunEn. Mohd Zulkifli B. Abd LatifTuan Haji Mohd Dzaki B. Rejab
1985Tuan Haji Mokhtar B. HarunTuan Haji Ahmad B. AliTuan Haji Yahya B. Yusofe
1986-1987Tuan Haji Abdul Wahid AzahariDato' Haji Mohd Ariff B. AriffinMadam Han Lee Siew
1987-1990Tuan Haji Abdul Wahid AzahariDato' Haji Mohd Ariff B. AriffinEn. Mohd Nor B. Ahmad
1990-1993Tuan Haji Abdul Wahid AzahariTuan Haji Mokhtar B. HarunTuan Haji Abrar B. Abd Rahman
1994Tuan Haji Abdul Wahid AzahariTuan Haji Mokhtar B. HarunTuan Haji Mohd Nor B. Ahmad
1995-1996Tuan Haji Kamaruzzaman B. Abd MajidTuan Haji Mohd Noor B. AbdulTuan Haji Ashaari B. Yusoff

Senarai Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari KPFB 1996-2022

TahunPengerusiSetiausahaBendahari
1996Tuan Haji Mad Rosip B. Awang HamatTuan Haji Raja Baharuddin B. Raja MatTuan Haji Zakaria B. Mohamad
1997Tuan Haji Wan Ismail B. MohamedTuan Haji Hamzah B. TawiTuan Haji Hamid B. Taib
1998Tuan Haji Mat Hashim B. Mat HassanTuan Haji Mohd Yusof B. HassanTuan Haji Samad B. Hamid
1999Tuan Haji Mat Hashim B. Mat HassanTuan Haji Mohd Yusof B. HassanTuan Haji Mohd Azahari B. Mohd Nasib
2000Tuan Haji Mat Hashim B. Mat HassanTuan Haji Mohd Yusof B. HassanTuan Haji Ali Akbar B. Ismail
2001-2003Tuan Haji Mat Hashim B. Mat HassanEn. Ibenil Harjad B. AhmadTuan Haji Ali Akbar B. Ismail
2004En. Mohdmadon B. Abu BakarEn. Ibenil Harjad B. AhmadTuan Haji Ali Akbar B. Ismail
2005-2007En. Mohdmadon B. Abu BakarTuan Haji Arifin B. HusainTuan Haji Ali Akbar B. Ismail
2007En. Ibenil Harjad B. AhmadEn. Zulkefli B. AbdullahTuan Haji Jebat B. Din
2008Tuan Haji Arifin B. HusainTuan Haji Ali Akbar B. IsmailTuan Haji Othman B. Nasir
2009-2011Tuan Haji Arifin B. HusainTuan Haji Ali Akbar B. IsmailTuan Haji Jebat B. Din
2012-2014Tuan Haji Arifin B. HusainDr. Haji Ibrahim B. HussinTuan Haji Jebat B. Din
2015Tuan Haji Jebat B. DinDr. Haji Ibrahim B. HussinEn. Hassan B. Sarkon
2016-2017YBhg. Dato' Rodzuan B. ZaabaEn. Mohd Halimi B. Mohd HashimTuan Haji Abu Bakar B. Rose
2018YBhg. Dato' Rodzuan B. ZaabaYBhg. Dato' Haji Sabari B. MisranTuan Haji Abu Bakar B. Rose
2019YBhg. Dato' Haji Sabari B. MisranEn. Jumat B. Mat LaniTuan Haji Abu Bakar B. Rose
2020-2022YBhg. Dato' Haji Sabari B. MisranTuan Haji Che Sakeri B. IbrahimTuan Haji Abu Bakar B. Rose
2023YBhg. Dato' Haji Sabari B. MisranTuan Haji Che Sakeri B. IbrahimTuan Haji Jamalukhair B. Mohd Rashid

43 Tahun Pengalaman Dalam Menguruskan Koperasi dan Peserta FELCRA

Kini, kami mengorak langkah drastik dengan bersama-sama ke arah pendigitalan koperasi!

X