preloader

Encik Shahran Bin Yunus

Ketua Pegawai Eksekutif KPFB

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T kerana limpah dan kurniaNya kita dapat bertemu di ruangan pengkalan data KPFB. Selaku Ketua Pegawai Eksekutif KPFB saya amat mengharapkan agar pengkalan data ini akan memberikan manfaat kepada semua pelayar bagi mendapatkan maklumat, fakta dan data yang diperlukan berkaitan KPFB Penyampaian maklumat ini kepada peserta dan memaklumkan mengenai visi dan misi koperasi serta seterusnya dapat mendedahkan segala prestasi, aktiviti serta perancangan masa depan yang ingin di capai oleh KPFB. Pengkalan data ini juga diharapkan dapat membantu dari segi semakan, pelarasan dalam pelbagai aspek termasuklah pengurusan dan pencapaian KPFB.

KPFB merupakan sebuah koperasi yang sedang mengorak langkah yang progresif menuju ke satu tahap yang terbaik bagi mengekalkan pencapaian yang telah diperolehi. Semangat dan Wawasan berpasukan semua Ahli Lembaga Koperasi dan Pengurusan KPFB yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab serta  berusaha keras di dalam memastikan KPFB berjaya berada di satu tahap yang terbaik.

Namun begitu, di dalam mencapai kejayaan yang sedia ada seperti ini,ketegasan dalam melaksanakan tugas dan tanggunjawab sebagai pemimpin amat perlu pengorbanan tenaga dan masa. Untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dalam sesuatu perkara,  tumpuan sepenuhnya amatlah penting, tidak kira sama ada urusan kerjaya, ibadah, kekeluargaan mahupun masyarakat. Apabila kita melakukan sesuatu dengan teliti, biasanya kita akan mendapat hasil yang sungguh mengkagumkan . Di samping itu, melalui pengkalan data ini juga kita dapat mengimbau sejarah yang dilalui oleh KPFB untuk berjaya menempatkan KPFB dalam kelompok Koperasi Terbaik Negara sejak penubuhannya.

KPFB kini dilihat semakin berkembang meniti kejayaan dan berusaha menghadapi cabaran semasa bagi mengekalkan prestasi yang sedia ada. Walau apa pun dugaan dan rintangan yang menghalang, perjalanan ini akan tetap diteruskan dengan “segunung harapan dan selautan keyakinan” agar segala impian dapat dicapai, ibarat “Setitik dijadikan Laut, Segumpul dijadikan Gunung”. Oleh itu, dengan usia KPFB yang telah menjangkau lebih 4 dekad ini, diharapkan ia mampu menjadi panduan dan rujukan kepada semua khususnya kepada warga KPFB dan komuniti FELCRA agar lebih berdaya maju, cemerlang dan gemilang di masa akan datang.

 

Shahran Yunus

Ketua Pegawai Eksekutif

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

X