Pengurusan KPFB mulai tahun 1980 hingga tahun 2000 diketuai oleh pegawai FELCRA. Pengurus Besar yang pertama ialah Encik Rameli bin Daud (Penolong Pengarah Pembangunan Peneroka FELCRA). FELCRA telah bermurah hati meminjamkan pegawai kanannya kepada KPFB dengan bayaran gaji pegawai tersebut ditanggung oleh FELCRA bagi mengurangkan bebanan kos pengurusan KPFB. KPFB hanya membayar elaun tambahannya sahaja. Pada tahun 1983, KPFB telah dikendalikan oleh beberapa orang kakitangan Unit Pembangunan Peneroka FELCRA. Dalam waktu yang sama, mereka juga menjalankan tugas hakiki mereka di FELCRA. Pegawai yang paling awal bertugas di KPFB adalah seperti yang berikut:-
Nama | Jawatan FELCRA | Jawatan KPFB |
---|---|---|
En. Mokhtar B. Harun | Pengarah Pembangunan Peneroka | Pengerusi Eksekutif |
En. Rameli B. Daud | Penolong Pengarah Pembangunan Peneroka | Urusetia/Pengurus |
En. Salimin B. Saijan | Pegawai Kerja | Kewangan/Akaun |
Cik Shaidatul Naziah Bt. Isha Ahadi | Kerani Pentadbiran Am |
Staf lantikan KPFB ialah:-
Pada 1 Januari 1986, KPFB telah diasingkan daripada Jabatan Pembangunan Peneroka FELCRA. Berikutan pengunduran pegawai kanan FELCRA sebagai Anggota Lembaganya pada tahun 1996, maka FELCRA telah meminjamkan pegawai kanannya untuk menerajui pengurusan KPFB sehingga tahun 2000 supaya selaras dengan dasar yang dilaksanakan oleh FELCRA. Pada tahun 2001, KPFB mula diterajui oleh stafnya sendiri yang telah dibayar gaji sepenuhnya oleh KPFB. Dalam tempoh 35 tahun, pusingan staf yang terlibat ialah seramai 230 orang. Sehingga kini, staf KPFB berjumlah 44 orang.
Bagi memantapkan pengurusan KPFB bermula pada tahun 2008, Anggota Lembaga telah menggariskan lima (5) prinsip yang perlu diamalkan bagi meningkatkan kejayaan KPFB, iaitu:
Prinsip yang diamalkan oleh warga KPFB ini diterjemahkan lagi dengan penghayatan slogan yang diberikan penekanan daripada aspek “PENGURUSAN CEMERLANG KPFB TERBILANG”.
En. Shahran Bin Yunus
Ketua Pegawai Eksekutif
Puan Isza Munira Binti Ismail
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Bahagian Kewangan
En. Ab Rahman Bin Ibrahim
Ketua Bahagian Pemasaran
Puan Fatin Izzati Binti Kamsani
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
En. Mohammad Farid Bin Ramli
Ketua Bahagian Teknikal
Puan Noor Syazalina Binti Abd. Rani
Ketua Bahagian Pentadbiran
En. Muhammad Idham Bin Ab Rahman
Ketua Bahagian Agro Industri
En. Muhammad Irfan Aliff Bin Mohd Azizan
Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan