


PENUBUHAN
Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB) di asaskan pada 29 Julai, 1979 oleh Pengurusan FELCRA Berhad di Lekir Sitiawan, Perak dan telah didaftarkan pada 18 Oktober, 1980 di bawah Akta Koperasi 1993.
VISI
Menjadi sebuah koperasi yang terbaik di Malaysia dalam pembangunan ekonomi sosial komuniti FELCRA Berhad
MISI
Meningkatkan keupayaan KPFB melalui komitmen dan penglibatan bersama untuk:-
- Bagi meningkatkan taraf kualiti hidup komuniti FELCRA Berhad
- Menjana pendapatan yang progresif dan lestari
- Mewujudkan kumpulan pengurusan KPFB yang komited, kompeten dan berintegriti
- Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan
NILAI MURNI
K – Konsisten, kekuatan, kerjasama, kegemilangan
P - Progresif, Proaktif, Produktif, Penyayang
F - fokus, Fleksibel
B – Berani, Bijaksana, Berhemah
OBJEKTIF
- Meningkatkan dan melestarikan hasil pendapatan KPFB
- Meningkatkan khidmat sosial kepada komuniti FELCRA Berhad melalui penyediaan peluang pekerjaan
- Membantu KPR meningkatkan penjanaan pendapatan
- Membangunkan pasukan kerja yang progresif dan dinamik