AKTIVITI

Pada masa ini, pengurusan KPFB telah mengendalikan projek/aktiviti mengikut Bahagian, iaitu Bahagian Niaga, Bahagian Pertanian, Bahagian Pembinaan, Bahagian Pemasaran, Bahagian Tenaga Kerja Asing dan Bahagian Pentadbiran/Kewangan.

BAHAGIAN NIAGA

  • Berfungsi membekalkan bahan kimia, baja, input pertanian dan alatan pertanian. Bahagian Pertanian terlibat dalam menguruskan kerja pertanian am, memelihara kawasan tanaman, tapak semaian dan pengeluaran hasil.

BAHAGIAN TEKNIKAL

  • Menumpukan pada aktiviti pembinaan bangunan, infrastruktur, landskap, kerja penyelenggaraan dan pembinaan bangunan stor.

BAHAGIAN PEMASARAN

  • Menjalankan aktiviti pembelian buah tandan segar (BTS) dan sekerap.

BAHAGIAN PERTANIAN

  • Pertanian Am (PA), memelihara kawasan Tanaman (MKT). Mengeluar Hasil Ladang (Memotong & Mengangkut buah (MMB): Buah tandan Baru (BTB) Kelapa Sawit & Hasil Getah).Tapak semaian & benih kelapa sawit. Pemeliharaan /Pemulihan Ladang & Hutan. Tanaman/ Baka dan Pengurusan Ladang.

BAHAGIAN TENAGA KERJA ASING

  • Menjalankan urus niaga kemasukan dan penempatan tenaga kerja asing dari Indonesia untuk keperluan di ladang-ladang FELCRA Berhad.

BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN

  • Terlibat dengan urusan pentadbiran operasi dan mengenal pasti potensi pelaburan KPFB.