MENGENAI KAMI
Pada peringkat awal penubuhannya dalam tahun 1980-an hingga tahun 1999 (19 tahun), KPFB beroperasi di No. 24, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, yang disewa daripada FELCRA Berhad. Pada tahun 1999 hingga April 2009 (10 tahun), Ibu Pejabat KPFB telah ditempatkan di bangunan sendiri, di Pusat Bandar Utara Selayang, Kuala Lumpur. Namun begitu, bangunan ini telah dijual pada tahun 2010. Sebagai penggantinya, KPFB telah menguruskan pembelian Wisma KPFB yang terletak di Desa Melawati pada tahun 2007 dan berpindah ke wisma tersebut pada 29 April 2009. Wisma KPFB telah disempurnakan perasmiannya oleh Y.B. Dato’ Tajuddin bin Abdul Rahman, Pengerusi FELCRA Berhad, pada 14 Ogos, 2009. Penghijrahan KPFB daripada Pusat Bandar Utara Selayang telah merubah landskap dan hala tuju KPFB ke arah yang lebih terurus dan tersusun dengan bantuan dan tunjuk ajar FELCRA Berhad yang tidak putus-putus. Pengurusan FELCRA Berhad juga sentiasa memantau perjalanan perniagaan KPFB.